Saturday, May 9, 2009

Apa itu Bakuhanseki?


Bakuhanseki adalah sejenis bahan mineral semulajadi dengan formula kimianya MgSO4 . H2O. Ia mula ditemui oleh Dietrich Georg von Kieser seorang ahli fizik di Harburg, Jerman pada tahun 1824. Pada awal tahun 2005 Agensi Angkasa Eropah juga telah menemui mineral ini yang hampir sama kandungannya di planet Marikh di Valles Marineris. Bewarna kelabu keputihan, kekerasan 3.5 dan mempunyai bentuk sistem kristal yang 'monoclinic' iaitu satu daripada 7 kekisi kumpulan titik geometri. Ia terbentuk di dasar laut melalui proses "evaporation" atau penyejatan di dasar laut dengan batu karang yang terfossil selama jutaan tahun.

Kenapa perlu memilih produk Bakuhanseki untuk ternakan dan tumbuhan anda?

Bakuhanseki telah lama digunakan dan mula dipraktikan di Asia oleh negara Jepun sejak tahun 1964 oleh Prof. Yamashita Shosi (Pakar Botanical). Ia digunakan secara meluas untuk pertanian, ternakan, perikanan bahkan juga turut digunakan bagi pembuatan produk kosmetik dan ubat-ubatan. Ia juga mula diluluskan di negara Jepun sebagai bahan penambah dalam makanan pada tahun 1976 kerana mempunyai agen antibakteria yang amat efektif. Bahan ini mempunyai mineral yang sangat tinggi seperti magnesium, sulfur, kalsium, natrium, phosphorus, sodium, potassium, kalium dan lain-lain mineral. Elemen mineral ini adalah adalah sangat penting bagi tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesis dan juga amat diperlukan oleh manusia dan haiwan dalam proses metabolisma.


Contoh penggunaan magnesium dan sulfur untuk manusia dan tumbuhan..


Dinamika magnesium di dalam tanah



Magnesium sebagai pusat atom dalam molekul klorofil


Rangkaian pembahagian karbohidrat antara pucuk dan akar dalam 12 hari ke atas pokok kacang tua menggunakan nutrisi baja berlainan antara P, K, Mg



Contoh kelapa sawit yang tidak mendapat magnesium yang cukup.


Gambar menunjukkan akar pokok semakin panjang setelah asid dapat dihapuskan serta dengan pH yang sesuai.


Kepentingan magnesium dan sulfur pada manusia dan haiwan.

Mineral bukan sahaja memainkan peranan penting dalam nutrisi tumbuhan bahkan ia juga memainkan peranan penting dalam nutrisi kesihatan manusia dan haiwan. Semua tisu dan cairan dalaman tubuh badan mengandungi mineral yang berbeza-beza. Mineral adalah unsur-unsur bagi tulang, gigi, tisu lembut, otot, darah, dan sel-sel saraf. Semua nutrien seperti vitamin, protein, enzim, asid amino, karbohidrat, lemak, gula dan minyak memerlukan mineral untuk sel-sel dalam tubuh berfungsi. Walaupun badan boleh menghasilkan vitamin-vitamin tertentu, ia tidak boleh menghasilkan mineral-mineral yang tunggal. Oleh itu mineral yang mencukupi adalah amat penting kepada keseluruhan keperluan mental dan fizikal.


Keperluan Bakuhanseki kepada ternakan lembu & kambing

Secara umumnya, lembu dan kambing memerlukan kalium, potassium dan magnesium bagi melawaskan makanan mereka. Bagaimanapun kebanyakan makanan terutamanya padang ragut sering kali berubah-ubah tempat menyebabkan komposisi makanan penting seperti magnesium juga berubah-ubah mengikut keadaan rumput itu sendiri. Keadaan ini boleh menjejaskan tumbesaran ternakan lebih-lebih lagi ternakan tenusu. Di dalam Bakuhanseki komponen magnesiumnya adalah paling tinggi grednya kerana ia adalah sulphatic magnesium yakni mudah diserap berbanding magnesium oxide (MgO) dan magnesium cloride (MgC12) yang seringkali mudah terkena sakit perut dan mukosa usus. Nutrisi kalium, klorida, magnesium dan sulfur, kesemuanya mempunyai fungsi-fungsi penting di dalam badan ternakan. Seperti natrium dan kalium penting untuk konduksi perangsang dalam serat-serat otot dan polarisasi elektrik bagi membran urat saraf. Tambahan pula, potassium digunakan untuk mengekalkan potensi membran di dinding sel dan tekanan osmotic dalam sel-sel. Dengan natrium sebagai antagonisnya, kalium bertindak mengaktifkan enzim-enzim dalam karbohidrat dan metabolisma lemak.

Magnesium untuk menguatkan saraf-saraf

Magnesium satu komponen penting bagi tulang dan gigi haiwan, dan ia memainkan peranan sangat penting dalam pengaktifan enzim-enzim. Ia juga amat penting untuk kestabilan urat saraf dan pengecutan otot, kekurangan magnesium menyebabkan haiwan mengalami kekejangan, menggangu kelancaran tindakbalas urat saraf dan kurang selera makan.


Gejala kekurangan magnesium terhadap ternakan

Oleh kerana binatang mempunyai keupayaan terhad untuk menyimpan magnesium di dalam badan, bekalan magnesium yang tinggi sangat diperlukan. Keperluan magnesium bergantung kepada peringkat umur, prestasi, berat dan jenis bekalan makanan yang digunakan. Sebagai contoh anak kambing biri-biri memerlukan 1 g magnesium dan kambing biri-biri betina dewasa memerlukan 3 g Mg / hari. Gejala-gejala bagi kekurangan magnesium contohnya lembu tenusu, semasa kelahiran, anak lembu mengidap penyakit anorexia iaitu kurang selera makan, kehilangan berat badan yang mendadak, pengeluaran susu merosot dan cirit-birit. Oleh itu dalam mencegah gejala tersebut pengambilan magnesium perlu di beri secara betul samada dalam makanan, minuman atau rumput yang diberi makan dikenalpasti terlebih dahulu samada kandungan magnesiumnya rendah ataupun tidak.

Keperluan Bakuhanseki terhadap ternakan ikan

Kebanyakan ternakan ikan sering terdedah kepada penyakit 'Fish Dropsy' di mana ia disifatkan sebagai penyakit perut yang bengkak atau berongga (Asites). Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui makanan atau air yang tercemar. Sejenis bendalir akan keluar dari dalam tisu-tisu badan dan rongga-rongga ikan tersebut yang menyebabkan ia tidak dapat makan dengan baik , kelihatan tidak berapa sihat, menjadi lemah dan lembap selain mempunyai mata yang cengkung, dan sering berada di bahagian atas atau tinggal di dasar kolam. Seperti yang umum ketahui, cara yang selalu diguna pakai adalah dengan memasukkan antibiotik,EM atau Erythromycin. Kaedah yang paling berkesan dan menjimatkan adalah dengan menggunakan Magnesium Sulfate atau Bakuhanseki (purata 20mg.L). yang dapat mengeluarkan cecair penyakit ikan tersebut.

Kajian kesan Bakuhanseki ke atas ternakan keli di Malaysia

Melalui pemerhatian kami, dengan penggunaan bakuhanseki ini tempoh tumbesaran ikan keli yang kebiasaannya mengambil masa selama 3 bulan untuk matang, dapat disingkatkan kepada 1 1/2 hingga 2 bulan ( 40-50% ). Perkembangan tumbesaran yang luarbiasa ini terjadi kerana ternakan dapat menghadam dan menyerap zat makanan dengan amat baik sekali. Daging ikan juga menjadi lebih pejal, warna kulit lebih terang serta permukaan dalaman perut lebih bersih.


Ikan keli membesar hampir 2 kali ganda hanya dalam tempoh 10 hari penggunaan Bakuhanseki.


Ikan keli menjadi lebih besar, sihat dan warna kulit lebih terang dan berkilat selepas 4 hari penggunaan Bakuhanseki.

Kajian kesan Bakuhanseki ke atas tanaman di Malaysia


Kajian penggunaan Bakuhanseki keatas pokok terung selama 4 hari


Kajian penggunaan Bakuhanseki keatas pokok kucai selama 4 hari


Ketinggian luarbiasa pokok jagung sehingga 11 kaki


Pokok jagung mengeluarkan hasil dalam tempoh sebulan setengah


Projek R&D di Pokok Sena, Kedah

CARA PENGGUNAAN BAKUHANSEKI KE ATAS TANAMAN

Kelapa / Kelapa Sawit
Disyorkan: 0.5 - 1.0 kg Bakuhanseki/pokok/setahun (pokok muda).
1.0 - 1.5 kg Bakuhanseki/pokok/setahun (pokok matang).

Padi
Disyorkan: Pengeluaran 3 relung, 80 – 100 kg Bakuhanseki/6 bulan sekali .

Getah
Disyorkan: Pokok belum matang 100-200 g Bakuhanseki /pokok/tahun
pokok matang 40 - 60 g /pokok/tahun

Pisang
Disyorkan: 225 – 450 kg Bakuhanseki/ha/2-3 kali setiap pengeluaran .

Nenas
Disyorkan: Pengeluaran 55 – 65 t/ha , 400 – 550 kg Bakuhanseki sekali pengeluaran.

Tembikai
Disyorkan: 90-110 kg Bakuhanseki/ha, 2 kali setiap pengeluaran.

Mangga
Disyorkan: Pokok muda 75 – 200 g Bakuhanseki/pokok/sekali musim buah.
Pokok matang 250 – 400 g Bakuhanseki/pokok sekali musim buah.

Kopi
Disyorkan: 100 – 120 kg Bakuhanseki/ha /2 kali setahun.

Jagung
Disyorkan: 100 – 120 kg Bakuhanseki/ha 1-2 kali setiap pengeluaran .

Tebu
Disyorkan: 240 – 400 kg Bakuhanseki/ha 2 kali setiap pengeluaran.

Sawi
Disyorkan: 75-120 kg Bakuhanseki/ha 1-2 kali setiap pengeluaran.

Cili
Disyorkan: 150-200 kg Bakuhanseki/ha

CARA PENGGUNAAN BAKUHANSEKI KE ATAS TERNAKAN

Ikan Air Tawar
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 500g Bakuhanseki/1kg makanan 3 hari sekali

Ikan Laut
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 800g Bakuhanseki/1kg makanan 3 hari sekali

Udang
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 300g Bakuhanseki/1kg makanan 3 hari sekali

Ayam
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 100g Bakuhanseki/1kg makanan 3 hari sekali

Kambing/Lembu
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 200g Bakuhanseki/1kg makanan 3 hari sekali


Sila Hubungi:
En Zainal
email: zainul9c@yahoo.com